Pandemik Covid 19 telah menyaksikan banyak pihak yang terjejas bukan sekadar dari segi ekonomi malah tekanan hidup dan juga pelbagai permasalahan yang lain.
Maka pihak SK Sungai Itek terpanggil untuk turut membantu mereka yang terkesan khususnya dari kalangan warga sekolah untuk dibantu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
🔖 Keluarga murid SKSI yang terjejas akibat pandemik Covid-19
Majlis Perpisahan sempena Persaraan yang diraikan EN MOHD ROSLY BIN USOP sebagai Pembantu Operasi SK Sungai Itek telah diadakan di Dewan SK Sungai Itek pada 19 Mac 2021.
Terima kasih diucapkan sepanjang perkhidmatan beliau di SK Sungai Itek.
“KPM telah memutuskan bahawa semua sekolah termasuk Kolej Vokasional di bawah KPM di negeri-negeri terlibat akan ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan tahun ini iaitu pada 17 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan A dan 18 Disember 2020 bagi negeri Kumpulan B.
Arahan itu merangkumi lebih 5 juta orang murid dan pelajar serta lebih 500,000 orang guru, pensyarah dan warga KPM.
Radzi berkata, semua sekolah di negeri Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak akan turut ditutup bermula pada 9 November 2020 sehingga 17 Disember.
Jelas beliau, langkah ini diambil bagi membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak Covid-19.
Semalam, kerajaan mengenakan PKPB di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kedah, Terengganu dan memanjangkan PKPB di Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan.
Pelaksanaan PKPB itu kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti untuk bagi mengekang penularan Covid-19.
Tambah Radzi lagi, sesi pembukaan semula sekolah akan dimulakan penggal persekolahan akan bermula pada 20 Januari 2021.
Ia akan melibatkan semua murid sekolah rendah, peringkat menengah kecuali Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
“Bagi sekolah menengah pula, murid Tingkatan 1, Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 serta semua murid Kolej Vokasional akan memulakan persekolahan secara bersemuka pada tarikh yang sama.
“Manakala, murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan memulakan sesi persekolahan pada tarikh yang sama tetapi secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid,” kata Radzi lagi.
Kesemua murid Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 akan kembali ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka pada 8 Mac depan.
Dalam pada itu, sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.
Malah, pentadbir sekolah perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Sepanjang tempoh ini juga, guru perlu kekal berada di stesen tempat bertugas masing-masing,” tambah beliau.
Bercakap mengenai peperiksaan peringkat tertinggi di negara ini, Radzi berkata, KPM telah membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut.
“Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. Manakala, peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.
“Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya.
Gimik Pelancaran Hari Kemerdekaan SK Sungai Itek tahun 2020 yang disempurnakan oleh Guru Besar SK Sungai Itek En Zaki Bin Ismail. Nyanyian lagu patriotik Tanggal 31 oleh Guru-Guru dan Murid- Murid sekolah untuk menaikkan semangat cintakan negara Malaysia
Taklimat Libat Urus Pembukaan Semula Sekolah kepada ibubapa murid sekolah SK Sungai Itek telah dilaksanakan pada hari Isnin bertarikh 13 Julai 2020 pada pukul 10.00 pagi di Dewan Kantin SK Sungai Itek.
Garis panduan pembukaan sekolah pasca PKPP ini adalah ringkasan dari dokumen rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika anda rajin untuk baca panjang-panjang, boleh muat turun di sini.
Garis Panduan Pembukaan Sekolah Pasca PKP
Siapa perlu baca garis panduan ini?
Garis panduan pembukaan semula sekolah ini disediakan sebagai rujukan kepada:
Pegawai bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
Pentadbir serta guru di sekolah
Ini penting sebagai rujukan kepada pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).
Walau bagaimanapun, kami merasakan bahawa ibu-bapa yang prihatin juga boleh menggunakan garis panduan ini.
Jadi, boleh terus memantau keadaan anak-anak tanpa merujuk kepada pihak sekolah.
Siapa perlu guna garis panduan ini?
Garis panduan ini terpakai kepada:
Semua sekolah rendah
Semua ssekolah menengah termasuk Kolej Vokasional dan Kolej Tingkatan Enam di bawah KPM dan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM.
Sekolah yang berdaftar dengan agensi kerajaan yang lain, sekolah persendirian dan institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM juga disarankan merujuk garis panduan ini.
Garis panduan murid dan guru
Kehadiran
Kehadiran guru dan murid ke sekolah adalah seperti yang berikut:
Kehadiran guru tertakluk pada arahan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dan KPM dari semasa ke semasa
Kehadiran murid ke sekolah secara berfasa dan dimulai dengan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), termasuk Murid
Murid yang tidak termasuk seperti di atas tidak perlu hadir ke sekolah. Mereka kekal meneruskan PdP di rumah sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.
Waktu persekolahan
Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri.
Saringan
Sekolah perlu memastikan saringan demam serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan bermula.
Jika mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C atau bergejala, mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
Pentadbir sekolah dibenarkan untuk melaksanakan saringan ini di dalam kawasan sekolah berhampiran dengan pintu masuk utama jika laluan masuk ke sekolah sempit atau berhampiran dengan jalan utama.
Hal ini adalah bagi mengelakkan kesesakan dan ketidakpatuhan kepada penjarakan sosial
Perhimpunan
Garis panduan pembukaan semula sekolah pasca PKPP juga melibatkan perhimpunan.
Perhimpunan sekolah dan aktiviti lain yang melibatkan murid, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.
Susunan meja dalam kelas
Sekolah perlu memastikan susunan meja bagi setiap kelas mesti berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain.
Sekiranya bilangan murid melebihi kapasiti meja yang disediakan, lebihan murid perlu ditempatkan di kelas yang lain
Kantin
Sekolah perlu memastikan pengusaha kantin hanya menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi, meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan.
Makan waktu rehat
Sekolah perlu memastikan murid makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat. Bilik PdP bermaksud bilik darjah dan bilik-bilik khas yang digunakan bagi tujuan PdP.
Sabun & Hand Sanitizer
Sekolah perlu menyediakan sabun di lokasi yang bersesuaian seperti kantin, tandas dan surau, manakala pensanitasi tangan (hand sanitizer) boleh disediakan di lokasi seperti bilik PdP, pejabat dan bilik guru
Garis panduan untuk ibu-bapa
Penglibatan ibu-bapa dalam perlaksanaan garis panduan pembukaan sekolah pasca PKP sangat di alu-alukan.
Ibu bapa/penjaga boleh dilibatkan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi membantu pihak sekolah.
Ibu bapa boleh membantu dalam meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkaitan penularan jangkitan COVID-19 dengan:
Memberi kesedaran kepada anak/anak jagaan berkaitan penjarakan sosial sebelum, semasa dan selepas menaiki kenderaan
Menasihati anak/anak jagaan supaya tidak berjabat tangan (bersalaman) atau bersentuhan antara satu sama lain sama ada guru, rakan-rakan atau orang sekeliling
Menasihati anak/anak jagaan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan sebelum dan selepas makan
Menggalakkan ibu bapa/penjaga sendiri yang menghantar dan mengambil anak/anak jagaan
Menyarankan ibu bapa/penjaga menyediakan makanan dan minuman dari rumah untuk anak/anak jagaan bagi mengurangkan pergerakan dan kesesakan di kantin
Memastikan anak/anak jagaan mengambil sarapan yang sesuai sebelum hadir ke sekolah
Menasihati anak/anak jagaan agar tidak berkongsi makanan dan minuman dengan murid lain
Menjaga kebersihan dan keselamatan anak/anak jagaan sebelum dan selepas pulang dari sekolah dengan kerap membasuh tangan dan mandi.
Ibu-bapa juga digalakkan membantu pihak sekolah membuat tanda penjarakan sosial dan mengawal pergerakan murid semasa datang, rehat dan balik serta mengikut keperluan pihak sekolah.
Akhir sekali, ibu-bapa dialu-alukan untuk membantu pihak sekolah menyediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer) dan alat pengimbas suhu badan untuk kegunaan pihak sekolah. Tiada paksaan. Hanya jika ibu-bapa mampu dan memang berkeperluan.
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 43 SK Sungai Itek telah berlangsung pada 07 Mac 2020 bertempat di Dewan SK Sungai Itek. Turut hadir, Yang Dipertua PIBG SK Sungai Itek, En. Md Roswady serta barisan AJK PIBG SK Sungai Itek bagi sesi 2020-2021. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam memberikan sepenuh perhatian terhadap pendidikan anak-anak demi masa depan mereka.
Ibu bapa juga diingatkan agar sentiasa bersama-sama pihak sekolah dalam menangani permasalahan ponteng sekolah yang menurutnya, menjadi penyumbang kepada pelbagai perkara yang tidak sihat dalam kalangan murid -murid. Ujarnya lagi, pelbagai bentuk bantuan serta insentif persekolahan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelajar, bertujuan membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar selain membantu mengurangkan beban ibu bapa. usteru katanya, segala bantuan serta sokongan daripada kerajaan mahupun pihak sekolah, haruslah dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh ibu bapa dan pelajar.
TARIKH : 07 MAC 2020 HARI : SABTU MASA : 8.00 PAGI – 9.00 PAGI TEMPAT : DEWAN SK SUNGAI ITEK. Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Permuafakatan Ibu bapa / penjaga calon UPSR 2020
Majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk:- 1.Perbincangan dua hala antara ibu bapa / penjaga dan guru berdasarkan prestasi murid-murid tahun 6. 2. Perbincangan bersama mengenai cadangan penambahbaikan program untuk kecemerlangan murid. 3. Membincangkan program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam peperiksaan UPSR. 4. Membincangkan program-program yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan murid dan sekolah dalam peperiksaan UPSR.
Ahad, 1 Mac 2020 Kejohanan Sukan Olahraga SK Sungai Itek Kali Ke-30 2020 SK Sungai Itek telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-30 bertempat di padang sekolah. Sebanyak tiga buah kontinjen menyertai kejohanan sukan ini iaitu Rumah Hijau, Rumah Merah dan Rumah Kuning.
Acara yang dipertandingkan ialah acara balapan iaitu 50m, 100m, 200m, 4x50m, 4x100m dan 80m lari berpagar .Selain itu acara tarik tali kaum Bapa vs Belia peringkat akhir juga turut dipertandingkan pada hari tersebut.
Tertib acara kejohanan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan lintas hormat yang diketuai oleh adik Muhammad Aidil Ashraf Bin Azrul Hisham (Tahun 6). Usai nyanyian lagu Negaraku, doa dibacakan oleh Ustaz Muhammad Hafizuddin Bin Mohamed Safuan diikuti dengan bacaan ikrar kejohanan oleh Ketua Kontinjen.
Program Jom ke Sekolah 1.0 Eng hol nu skulah mesti hi blaja ( saya datang sekolah mesti belajar) telah diadakan di Kampung Ulu Geroh, Gopeng pada 22 Februari 2020 bermula 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari . Program Jom ke sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan pihak sekolah dan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah.
Program “Eng Hol Nu Skolah” (Jom Ke Sekolah)” Mesti Hi Blaja” – Ziarah Cakna ke rumah …. Sokongan Pejabat Pendidikan Daerah Bersama Sekolah Kebangsaan Sungai Itek Gopeng kepada Murid Orang Asli Kampung Ulu Geroh Gopeng…
Disempurnakan oleh Dr. Mior Hamdan b Haji Ghazali – Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Guru Besar Sk Sungai Itek – En. Zaki b Ismail, En. Ngah Sidin b Hamzah – Tok Batin Kampung Ulu Geroh, En. Roswady bin Omar YDP PIBG Sungai Itek, SIP+, Penolong-penolong PPD, Barisan Penolong Kanan Sk Sungai Itek, Ibu bapa dan guru-guru Sk Sungai Itek…
Bilangan Murid Orang Asli 44 orang Kedudukan sekolah ke Kampung Ulu Geroh 10 km Menaiki Bas kecil yang disediakan oleh JKOA.
Tahniah Guru Besar dan Warga Sekolah Kebangsaan Sungai Itek atas komitmen untuk mensasarkan kenaikan kehadiran murid ke sekolah.